SMARI DALAM KENANGAN (siri 2)

Ma'ahad Al-Imam Asy-Syafiee (MAIS) yang bertukar nama dari SMARI menghadapi konfliknya apabila para pelajarnya berdemontrasi kira-kira 2 tahun lalu. Konflik tiga penjuru iaitu pengurusan sekolah-guru-murid itu timbul ekoran ketidakpuasan hati beberapa pihak terhadap pengurusan dan perjalanan pentadbiran MAIS.

Para pelajar mendakwa MAIS mengenakan yuran yang begitu tinggi berbanding dengan kemudahan yang disediakan. Ketiadaan pusat sumber (perpustakaan) begitu membebankan para pelajar kerana tidak boleh mencari rujukan lain, selain daripada apa yang diajar oleh guru-guru.

Selain dari itu, kemudahan pembelajaran juga begitu dhaif. Persekitaran pembelajaran tidak memberangsangkan dan memberikan suasana keselesaan untuk para pelajar. 20 buah komputer dikatakan tidak boleh digunakan oleh guru-guru atau murid-muridnya, hanya tersimpan kemas di salah satu bilik di sekolah berkenaan.

Selain dari itu kemudahan asrama juga tidak selesa. Selain daripada tiadanya kemudahan seperti tv, keperluan suratkhabar serta majalah lain yang ilmiah tdak disediakan untuk membuka minda pelajarnya. Kawasan permainan yang terhad menghalang pelajar yang tinggal di asrama untuk beriadah dan melakukan pendidikan jasmani.

Serba serbi yang terdapat di MAIS cukup membosankan para pelajar hingga menimbulkan suasana kegelisahan di kalangan mereka. Hanya kepada ibubapa dan guru-guru yang bersimpati untuk mereka mengadu. Pihak pengurusan sekolah termasuk pengetua sebaliknya hanya berdiam diri dan mengeluarkan arahan kepada guru-guru supaya jangan campurtangan dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran MAIS.

Setelah diselidiki, didapati bahawa MAIS (pada masa itu dikenali SMARI) sebenarnya ditaja oleh UMNO. Buktinya, pengerusi Jemaah MAIS adalah bekas ADUN Kawasan Manjoi (Tuan Hj. Mohd. Yusof bin Ariffin) yang beberapa penggal menerajui ADUN Manjoi. Selain daripada itu exco MAIS dan ajknya adalah ahli UMNO dan ada di antaranya mempunyai jawatan yang penting dalam parti Kerajaan.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika MAIS ditubuhkan sekadar sambil lewa. Niat mencari keuntungan nampaknya mengatasi segalanya. Ini dibuktikan apabila maklumat yang diperolehi, MAIS bakal memperbesarkan bangunan sekolah melalui pembinaan bangunan tambahan yang bernilai hampir RM2 juta dipercayai menerima bantuan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Sungguh anih perjalanan MAIS kerana sumbangan Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Perak dan Kerajaan Persekutuan terus disalurkan namun kedhaifan MAIS seperti sekolah swasta yang semata-mata bergantung kepada ihsan para ibubapa. Persoalannya, kemanakah wang peruntukan beratus ribu setiap bulan yang diperuntukkan untuk MAIS? Mengapakah pelajar sekolah dipaksa membayar yuran yang mahal dan keperluan sekolah pula tidak mencukupi?

Sesungguhnya MAIS adalah bukti kepada rakyat bahawa Kerajaan BN mengizinkan penyelewengan dan hanya bertopengkan perjuangan agama untuk kepentingan mereka dan suku sakat!~MR