Mengapa Pengundi Baru Diketepikan?
24 June, 99 - Keputusan SPR mengenepikan pendaftaran baru pengundi yang dijalankan proses pendaftarannya selama 1 bulan 12 hari mulai 2 Mei lalu, membuktikan bahawa SPR mengamalkan ketidakcekapan, tidak bersih dan tidak amanah, kata pemerhati politik tempatan.
Alasan bahawa SPR hanya boleh mengesahkan pendaftaran pengundi baru itu pada awal tahun hadapan tidak dapat diterima memandangkan borang pendaftaran SPR itu telah disahkan oleh pegawai SPR yang bertugas menerima pendaftaran permohonan pengundi.
Sejumlah 1.1 juta borang pendaftaran baru SPR berada dalam edaran semasa tempoh penyemakan daftar pemilih mulai 2 Mei lalu. SPR menerima 1 juta pendaftaran baru yang majoritinya di kalangan mereka yang berusia di bawah 35 tahun.~MR