Bukti SPR Tidak Telus!
24 June, 99 - Kenyataan SPR yang menolak pemerhati antarabangsa untuk memantau perjalanan pilihanraya negara ini, adalah bukti bahawa badan kerajaan itu mengamalkan sikap tidak telus dan cuba berbohong kepada rakyat.
Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap kerajaan mulai luntur, SPR seharusnya mengembalikan kepercayaan dan keyakinan itu melalui kesediaannya untuk membenarkan badan bebas memantau perjalanan pilihanraya, meskipun peranan mereka itu hanya sebagai pemerhati sahaja.
Sikap SPR yang cuba menyembunyikan sesuatu itu terbukti apabila pengerusinya mengumumkan bahawa ketidaksediaan mereka untuk menerima mana-mana pemerhati bebas, kata pemerhati politik.~MR