Kerajaan Perlu Kepada Pendekatan Lama
24 June, 1999- Kerajaan perlu kepada pendekatan lama, jika ikhlas mahu membantu rakyat menangani masalah perumahan mereka, kata seorang bekas Pentadbir. Lima belas tahun lalu, Kerajaan Negeri Perak pernah menawarkan skim perumahan murah awam yang bernilai RM18,000. Projek itu dilaksanakan di bawah PKNP dan ternyata ianya meringankan beban rakyat.
Skim perumahan awam dilaksanakan berkonsepkan ‘sewabeli’ di mana rakyat tidak dibebani oleh bayaran deposit dan kos guaman. Hanya memjelaskan kos ‘surat perjanjian yang dimaterikan oleh Bahagian Duti Setem’ bayaran itu merupakan jumlah paling minima untuk golongan peringkat rendah menikmati rumah.
Rakyat tidak pernah merungut tentang masalah perumahan atau kos perumahan yang tinggi terpaksa mereka tanggung. Sebaliknya sekim itu dikatakan tidak membawa faedah kepada Kerajaan Negeri kerana terpaksa menunggu hingga berbelas tahun untuk memungut kembali wang yang sudah dilaburkan.
Nyata pendekatan kerajaan sekarang memihak kepada keuntungan dan faedah pemimpin sendiri. Justeru itu maka ianya sudah dilupakan dan digantikan dengan sistem yang lebih berbentuk memeras keringat rakyat, kata bekas pentadbir yang sudah pun berkhidmat dengan MRCB, ketika ditemui sedikit waktu dulu.~MR