Kakitangan Pemaju Minta Wang

24 June, 1999 – Dengan memberikan wang tumbuk rusuk RM200, anda tidak perlu kuatir jika undian rumah kos rendah yang anda pohon, tidak mengena. Sebaliknya ia akan dimasukkan ke dalam senarai pemohon yang berjaya.

Kegiatan ini berlaku selepas undian yang dibuat oleh Syarikat EMKAY bagi perumahan kos rendah di di Taman Bercham Jaya, Taman Bercham Raya dan Taman Hulu Kinta, bulan lalu.

Orang ramai bersungut bahawa ada pihak yang gagal dalam cabutan yang dibuat oleh Ramli Marcos, tetapi kemudiannya mendapati ada pihak yang mahu membantu dengan sejumlah bayaran.~MR