KUBAH PUTRAJAYA REKACIPTA MAHATHIR

Berita RTM Jam 6 (21-6-1999) adalah sangat lucu. Walaupun ianya sentiasa dimulai dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata…bla bla bla bla….dia mengulas dan cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau tidak terlibat dengan pembinaan Mahligai dan beliau tidak bercadang untuk mendiami di situ disebabkan nak bersara tahun 1998 yang lalu, sebaliknya dia memberi logik, bekas timbalannya itulah yang buat mahligai itu untuk dirinya…itulah maksud ulasan Mahathir.

Tetapi, belang Mahathir ditunjukkan oleh Allah, Yazid Khan selaku pemberita lalai dalam kerja-kerja mengampu itu, pihak penerbit leka betapa Yazid Khan telah melapurkan dari Putra Jaya itu dengan mengatakan kubah di Mahligai Perdana Menteri itu asal dari idea Hj. Mahathir. Beginilah gelagak penerbit yang dah tak reti nak mengampu sehingga ampuannya mendedahkan kebodohan mereka dalam melapurkan berita. Inilah yang dikatakan cerita dalam berita.

Maka ujud pertentangan yang amat nyata di antara kenyataan Mahathir dengan Yazid Khan. Penerbit Berita berkenaan pula nampaknya amat tidak cermat ketika meng-edit apakah yang nak disajikan kepada rakyat. Adakah penerbit itu ada alasan tersirat kenapa ianya dijadikan demikian? Logik ini tidak mustahil pada ketika majoriti rakyat yang sedar akan kedurjanaan UMNO yang sudah melampau itu?.

Mahathir cuba mengelak dari terus-terusan dikata orang bahawa Mahligai itu adalah idaman beliau, tetapi Yazid Khan dan penerbitnya seolah-olah ada sesuatu yang nak disampaikan kepada rakyat di bawah sana. Jika Yazid Khan dan penerbitnya ingin mengajak rakyat berfikir di atas berita yang dilapurnya itu, InsyaAllah Yazid Khan dan penerbitnya akan diberi pahala. Cuma, Yazid Khan dan penerbitnya kena menangung risiko, sedangkan Menterinya boleh tercabut, inikan pula Yazid dan penerbitnya.? Alasan yang paling sesuai jika di panggil mengadap oleh Khalil, katakan saja "tersasul"!.

Bukan Yazid saja tersasul, Normala Shamsuddin pun pernah tersasul dengan mengatakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat lapuran perhimpunan Agung Umno yang baru lalu. Prof Madya Dr. Shafie pun tersasul juga, ketika membuka ucapan, beliau mengatakan Tuan Haji Mohamed Sabu, Ahli Parlimen Kubang Pasu ketika berucap di Sungai Jelok malam kelmarin (20-6-1999). Sudah ramai tersasul yang melibatkan Mahathir ini.

Mungkin ada hikmatnya! Atau ini semua alamat Kubang Pasu akan betul menjadi kubang PAS?

Dalam dok seronok Mahathir berbohong dan memfitnah Anwar Ibrahim, terlepas jugak kebenaran dari mulut busuknya itu. Selama ni Mahathir dok kata pembinaan mahligai di Putrajaya dirancang oleh Anwar Ibrahim, siap dengan bilangan biliknya dan segala yang mewah-mewah kerana Anwar Ibrahim sendiri yang akan mendudukinya.

Dia mengulangi lagi tuduhan itu semasa perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dengan berkata bahawa Anwar Ibrahim tidak mahu membina kediaman TPM di Putrajaya kerana dia tak mahu melantik TPM apabila dia jadi PM.

Dan pengampu-pengampu di bawah pun bertepuk tangan dan bersorak mengiakan fitnah karut Hj. Mahathir. Sedangkan kita tahu Anwar Ibrahim tak tergamak menghabiskan duit rakyat untuk rumah TPM baru di Putrajaya.

Maka hari ni (21/6/99) rasmilah Hj. Mahathir berpindah ke Putrajaya. Ketika diinterview oleh wartawan sebaik memulakan tugas baru di Putrajaya hari ni, Reuters melaporkan, antaranya,

'Such domes are common in mosques in Mahathir's home town in Alor Star in the northern state of Kedah. ' "This is a very personal touch and I hope it is not ugly in the eye of others" kata Mahathir.


Maksudnya rekabentuk kubah dan mahaligai itu mendapat sentuhan personal Hj. Mahathir. Dan wartawan Reuters mengatakan rekabentuk kubah mahaligai itu adalah amat lazim dilihat di tempat kelahiran Mahathir di Alor Star.

Nampak sangat dakwaan bahawa Anwar yang merancang pembinaan mahaligai RM200juta itu kerana dia yang bakal mendudukinya adalah fitnah dan karut semata-mata. Tapi para-para pengampu itu di dalam UMNO memang tak mahu berfikir melainkan hanya mengiakan segala kata-kata tukang karut itu.


Semua ini hanya boleh dikesan jika kita mendengar, menilai & menganalisa berita, kalau cuma dengar kosong saja, semua ini tidak boleh ditemui. Membaca pun sama juga, baca dan kritis secara minda terbuka, maka kebenaran berita yang dilapurkan oleh media Mahathir akan sekaligus menjawab betapa mereka sebenarnya gelabah dalam menangani arus rakyat

Ihsan: Laman Web PAS