Penafian Kamaruddin Bukti UMNO Memfitnah!

24 June, 1999- Penafian Datuk Kamarudin Jaafar selaku Ketua Bahagian Umno Tumpat yang dikatakan memiliki saham bernilai RM10 bilion dalam projek KL Linearcity, saham RM 1.3 bilion dalam KL PRT Sdn Bhd dan saham RM21 juta dalam Sabah Shipyard Sdn Bhd seperti dalam senarai yang dipamerkan semasa Perhimpunan Agung Umno ke 53 minggu lepas, adalah sebahagian bukti bahawa UMNO memang suka memfitnah rakyat untuk kepentingan beberapa kerat pemimpin atasannya.

UMNO sanggup melakukan apa sahaja asal kebusukan dan tembelang yang berada di dalamnya dapat disembunyikan dari rakyat sekelian. Rakyat harus menolak UMNO yang nyata berjuang untuk kepentingan satu atau dua orang, mengatasi kepentingan rakyat keseluruhan.

Jika rakyat terus berpegang kepada UMNO, rakyat akan hancur dan binasa, sebagaimana ungkapan Dato’ Dr. Hassan Ali beberapa hari lalu.

Sila rujuk penafian yang dibuat oleh Datuk Kamaruddin melalui alamat di bawah:

http://www.bernama.com.my/bernama/berita/be2306_40.htm