Perlukah UMNO Menghalang Bulan Dari Mengambang?
25 June, 1999 - Fobia kepada logo Petronas sesuatu yang sungguh melucukan berlaku di kalangan para pemimpin dan ahli UMNO yang masih setia. Kenapakah 'bulan yang tak berdosa' itu amat digeruni?
Arahan oleh para pemimpin UMNO yang meminta Petronas menukar lambang bulan yang seakan-akan lambang parti PAS membuktikan bahawa PAS sangat digeruni. Telah menjadi bukti kepada rakyat negara ini bahawa sokongan dan kekuatan PAS sudah berada di kalangan majoriti pengundi negara ini. Setiap kali ceramah dan majlis anjuran PAS diadakan jumlah yang hadir sepuluh kali ganda atau lebih dalam majis yang sama anjuran UMNO.
Sesungguhnya penukaran logo bukan bererti sokongan kepada PAS akan merudum, malah lebih mempamirkan kebodohan dan pengecutnya pimpinan UMNO terhadap PAS. Mungkin tindakan UMNO selepas ini akan menutup awan yang mengizinkan bulan mengambang di langit biru kerana ia juga seakan-akan lambang parti lawannya!~MR