Politik Al-Quran Menjamin Keadilan

25 June, 1999 – Ketika menyampaikan khutbahnya tengahari ini, Ustaz Mohd Ridwan menegaskan bahawa ilmu politik yang dianjurkan oleh Al-Quran menjamin keseimbangan dan keadilan dalam apa jua bidang kehidupan.

Al-Quran adalah kemuncak kepada siri kitab yang telah Allah turunkan sebelumnya seperti yang semua umat Islam maklumi iaitu Taurat, Zabur, Injil dan yang terakhir ialah Al-Quran. Sebelum wafat, Nabi Muhammah s.a.w. berpesan melalui sabda (mahfumnya):

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, yang mana selagi kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan tersesat selam-lamanya, iaitulah KitabulLah (Al-Quran) dan Sunnahku"

Umat yang berjaya mencapai kegemilangan ialah umat yang mengkaji dan mendalami Al-Quran kerana di dalamnya mengandungi berbagai ilmu samada sains, ekonomi, sosial, budaya, politik, pentadbiran dan berbagai aspek yang menjadi petunjuk kepada para saintis, ahli fikir, ahli ekonomi, ahli asrologi serta umat Islam yang lain.

Propaganda yang mengatakan bahawa Al-Quran tidak akan membawa kemajuan atau undang-undangnya kolot dan tidak sesuai adalah dakyah dari musuh Islam yang ingin menghancurkan kemajuan umat Islam dan hanya ingin melihat umat islam di takuk lama.

Percakaran dan perpecahan berlaku kerana manusia telah melupakan Al-Quran, malah kitab itu kini hanya dijadikan oleh sesetengah pihak sebagai dipertandingkan dan dihormati secara zahir sahaja.

Hanya kembali kepada ajaran Islam sebenarnya sebagaimana yang terkandung dalam Al-Quran, akan menjamin manusia kepada kesejahteraan dan penjamin kepada segala permasalahan yang timbul dalam masyarakat, demikian akhiri Ustaz Mohd Ridwan ketika menyampaikan khutbahnya di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, tengahari ini.~MR