45,000 Hadiri Pelancaran PKN Perak
26 June, 1999 - Kira-kira 45,000 orang menghadiri pelancaran Parti KeADILan peringkat negeri Perak yang diadakan di Kampong Sg. Tapah, Manjoi, Ipoh semalam. Kehadiran itu merupakan tertinggi mengatasi jumlah ceramah PAS yang diadakan di Dataran Pekan Razaki, awal minggu lalu pada jangkaan kira-kira 30,000 orang, disebabkan masalah ruang di mana para pengunjung terpaksa berdiri di perkarangan rumah teres yang berhadapan dengan padang dan di tepi-tepi jalan.
Ruang fizikal yang membenarkan semalam, menarik pengunjung memenuhi kawasan lapang seluas 3 buah padang bola di mana pihak urusetia terpaksa mengalah dengan pengunjung yang begitu ghairah menghampiri pentas. Namun atas semangat dan perpaduan tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Majlis pelancaran tersebut bermula pada jam 9.10 malam dan kemudiannya dilancarkan oleh Presiden Parti KeADILan DSWA yang sampai ke lokasi lima minit sebelum itu. Ustas Hj. Sabran Semawi (Pesuruhjaya PAS Perak), Encik May (Presiden DAP Perak), Wakil PRM, YB Hamzah b. Mohd. Zain (Ahli Dewan Negara), Hamda Taha (Bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Perak), Dr. Mohd Nor Mayuti (pensyarah UIA) dan wakil peguam DSAI termasuk Gurbachan Singh adalah antara yang hadir.
Lebih 5,000 kaum China dan 1,000 orang kaum India juga turut bersama dalam majlis pelancaran dan penyataan sokongan kepada DSWA. Dalam majlis berkenaan pengerusi majlis mengumumkan bahawa Presiden KeADILAN DSWA bersetuju menjadikan Sg. Tapah dan kampong sekitarnya sebagai kampong angkat PKN.~MR