Semangat Perpaduan Antara Kaum Melalui PKN

26 June, 1999 - Kenyataan Diktator Mahathir Mohamad dan 'kuncu-kuncunya' disanggah apabila kira-kira 3,500 orang terlibat dalam penyediaan pelancaran PKN dari pelbagai kaum dan parti selaim UMNO dan BN di Kg. Sungai Tapah, Manjoi, malam tadi.

Oleh kerana majlis pelancaran tersebut diubah hanya sehari sebelum tarikh pelancaran maka semua pihak bertungkus lumus menjayakannya. Penggantungan poster, penyediaan pentas dan pelbagai kerja dibuat secara tergesa-gesa tetapi siap dalam keadaan cukup sempurna hingga langsung tiada gangguan, kecuali alat PA yang masih diuji menjelang ketibaan DSWA dan tetamu kehormat yang lain.

Semangat kerjasama dari PAS dan DAP terutamanya bagi menjayakan majlis ini bagi memastikan majlis berjalan dengan licin. Kerjasama pelbagai kaum ini, yang berada ditengah-tengah kubu UMNO yang paling kuat, merupakan bukti bahawa dakyah UMNO yang mengatakan kerjasama Barisan Alternatif itu akan hancur, hanya prasangka buruk UMNO sahaja.~MR