Ahli PKN Perak Akan Mencapai 50,000
26 June, 1999 - PKN sudah menerima keahlian seramai 35,000 orang bagi seluruh negeri Perak, menjelang majlis pelancarannya semalam. Menurut sumber hampir kesemua yang menyertai PKN itu adalah dari UMNO dan MCA serta MIC di mana bilangan kaum Cina dan India sudah melebihi 5,000 orang.
Adalah dijangkakan seramai 15,000 orang lagi akan menyertai PKN selepas majlis pelancaran malam tadi, yang diumumkan semasa majlis tersebut berlangsung.~MR