Kebangkitan Rakyat Menentang UMNO

26 June, 1999 - Rakyat harus bangun dalam satu perjuangan bagi menentang UMNO dan BN dalam satu gagasan iaitu Barisan Alternatif, dengan menewaskannya pada pilihanraya umum negara ke 10 sedikit hari lagi. Keperluan kebangkitan rakyat amat diperlukan setelah kezaliman dan ketidakadilan bermaharajalela.

Laungan kebangkitan itu dibuat oleh saudara Fauzi Muda yang merupakan Presiden PKN Negeri Perak, disambut cukup hangat oleh warga Ipoh yang hadiri pada majlis pelancaran PKN di Kg. Sg. Tapah, malam tadi.

Beliau mengakhiri seruannya dengan beberapa rangkap pantun antaranya:

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Sudah lama kami menanti,
Baru sekarang UMNO menunjukkan belang.

Baru sekarang menunjukkan belang,
gara-gara UMNO pimpinan Mahathir,
kalau satu Anwar dah hilang,
Beribu-ribu lagi Anwar akan hadir.

Kalau satu Anwar dah hilang,
Beribu-ribu lagi Anwar akan hadir,
Kalau rakyat ingin keadilan
Pilihlah PKN kalahkan Mahadir.