Itu Hanya Propaganda UMNO!

26 June, 1999 - Barisan Alternatif tidak akan mampu bersatu dalam perpaduan yang kukuh, adalah antara propaganda UMNO mutakhir ini. Tetapi mereka lupa bahawa BN dibentuk melalui penggabungan 14 parti, manakala Barisan Alternatif hanya 4 parti iaitu PAS, PKN, DAP dan PRM.

"Mana logiknya kenyataan Mahathir?" soal Hamdan Taha yang berucap di hadapan kira-kira 45,000 orang yang hadir dalam majlis pelancaran PKN peringkat negeri Perak di Kg. Sg. Tapah, Manjoi, malam tadi.

"Kalau PKN menang kita akan hapuskan satu lagi dakyah UMNO yang menakut-nakutkan rakyat, " katanya lagi. Kata-kata itu dirujuk bahawa PKN akan memansuhkan gelaran YB dan YAB yang akan menyebabkan rakyat takut kepada wakil mereka sendiri. Inilah propaganda UMNO untuk terus berkuasa, kata saudara Hamdan Taha.~MR