Terima Sajalah Apa Yang Tersurat!

27 June, 1999 - Sekiranya keputusan pilihanraya umum ke 10 tidak memihak kepada parti yang menguasai kerajaan sekarang, terima sajalah apa yang tersurat. Ini adalah kerana dalam amalan demokrasi negara ini, rakyat sebenarnya berkuasa, iaitu 'kuasa menentu kerajaan' bukan kekuasaan yang diperolehi melalui segala macam muslihat untuk mempermainkan atau mempolitikkan hak rakyat sedia ada.

Kebangkitan rakyat dan kuasa undi mereka kali ini cukup jelas kerana mereka berjuang membela kebajikan diri sendiri dan generasi anak cucu mereka. Kezaliman yang jelas dalam amalan kerajaan BN yang memerintah, tidak membela rakyat yang dhaif dan melarat. Sebaliknya program yang dilaksanakan hanya mementingkan kroni dan suku sakat sahaja.

Media dipergunakan sehebatnya hingga seolah-olah PAS dan parti alternatif lain tiada melakukan satu kebaikan pun yang pernah diperbuat. Namun segala kebusukan dan kepincangan yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan BN disorok dan disembunyikan.

Segala macam tuduhan dilemparkan kepada Barisan Alternatif. Umpamanya, tuduhan Barisan Alternatif mahu kepada perpecahan rakyat dan jika memerintah mereka tidak akan membawa kemajuan kepada negara.

Apa yang jelas kepada rakyat, sejak UMNO dan Kerajaan BN memerintah 42 tahun lalu, perpecahan hanya dilakukan oleh kerajaan BN. Orang Melayu dikerah kesawah menjadi petani. Sejak 10 tahun kebelakangan kilang-kilang didirikan dan orang Melayu memenuhi majoriti kilang-kilang kroni yang diluluskan.

Orang Cina ditempatkan dalam industri dan perniagaan. Mereka menguasai ekonomi negara hingga ekonomi boleh mereka lumpuhkan, jika mereka menarik diri dalam aktiviti ekonomi. Begitu kuat sekali peranan mereka dan penglibatan mereka.

Sebaliknya orang India dibawa masuk dan ditempatkan diladang-ladang getah. Sejak ekonomi bertambah baik sepuluh tahun kebelakangan maka orang India sudah menerokai aktiviti ekonomi seperti dalam pembinaan jalan dan lebuhraya.

Kesemua perpecahan ini dibuat oleh kerajaan yang memerintah iaitu Kerajaan BN. PAS dan parti alternatif yang lain tidak ada kuasa merencana ini semua, sehingga pukulan terhadap ekonomi negara begitu teruk. Kegagalan ekonomi yang jelas masih belum pulih sebenarnya adalah kegagalan UMNO bukan parti alternatif.

Kini media menyerang PAS di Kelantan kerana 'kununnya' gagal menangani tahap kemiskinan di Kelantan. Pemerintahan Tuan Guru baru menjangkau 2 penggal. Beliau sudah menyjmbang 40 peratus gajinya untuk disalurkan dalam Tabung Jihad bagi membantu rakyat yang dhaif. Jika beliau gagal pun rakyat nampak peranan dan kesugguhan Tuan Guru menangani masalah kemiskinan rakyat.

Ini semua tidak ada dalam agenda mana-mana Kerajaan campuran UMNO. Mereka jika boleh mahu mengaut segala hak rakyat untuk dijadikan harta peribadi mereka. Tinggal dalam rumah mewah dan serba kesenangan. Rakyat hidup beratapkan langit dan berlantaikan bumi, pimpinan UMNO tahu, tapi mtak ada perjuangan untuk membela mereka!

Jadi apa kurangnya di negeri lain yang sudah diperintah UMNO selama 42 tahun ini. Adakah orang Melayu di negeri selain Kelantan sudah menjadi kaya raya?

Agenda ekonomi Mahathir melalui Dasar Ekonomi Baruanya hanya menjadikan satu dua orang Melayu yang kaya, bukan membela nasib rakyat jelata. Kepincangan yang berlaku dalam negara kita sehingga kini, bukan disebabkan oleh parti alternatif. Mereka belum menjadi kerajaan. Mereka hanya akan menjadi kerajaan terpilih selepas pilihanraya nanti. Kegagalan yang dialami sekarang adalah perbuatan kerajaan BN dan barisan pimpinan UMNO.

Rakyat kini sudah celik menilai. Jangan harapkan perlantikan Tengku Razaleigh akan berjaya menawan Kelantan seperti suatu waktu dulu. Usah terkejut dengan jumlah kehadiran yang tak sampai 60 orang, apabila 'tengku' itu menumbangkan 3 ekor kerbau kerana menjangkakan ramainya penduduk Kelantan yang akan kembali kepangkuan Ku Li.

Usahlah menegakkan benang yang basah lagi. Jangan juga jadikan kegawatan politik dan kegawatan sokongan terhadap parti memerintah kini, sebagai satu alasan untuk bermain 'kotor'. Terima sajalah apa yang tersurat untuk anda. Sekali rakyat berpaling, mereka takkan berganjak selamanya!

HAPUSKAN KEZALIMAN, TEGAKKAN KEADILAN

Polong cyber