Penubuhan Unit Komando Bukti UMNO Sedar Akan Kalah
27 June, 1999 - Dengan menubuhkan satu unit gerak gempur yang dinamakan Unit Komando beberapa minggu lalu, UMNO dilihat bertindak setelah menyedari mereka akan kalah dalam pilihanraya umum kali ini, kata AJK Perhubungan PAS Perak Mejar (B) Yahya Arif b. Kamaruzaman.
Penubuhan unit Komando dilihat sebagai satu kesungguhan parti UMNO mahu memenangi siri pilihanraya kali ini, setelah menyedari sokongan rakyat tidak menyebelahi mereka lagi. Dalam pilihanraya dulu UMNO tak perlukan unit komando ini, kerana mereka kuat, kata Mejar (B) Yahya Ariff.
Apabila menyedari sokongan dan undi tidak menyebelahi mereka dalam pilihanraya kali ini, unit ini terpaksa ditubuhkan. PAS tak perlukan unit seperti ini. Malahan rakyat diseru supaya meningkatkan iman dan tetap teguh berpegang kepada ajaran Islam, katanya lagi.~MR