UMNO Bukan Pejuang Kemerdekaan
27 June, 1999 - UMNO tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa parti itu memeprjuangkan kemerdekaan negara ini, dengan memutar belitkan fakta sejarah terutama kepada golongan muda, generasi selepas merdeka.
Perjuangan kemerdekaan dipelopori moleh golongan ulama dan cendikiawan ugama. Tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Pak Sako dan Ahmad Bustamam adalah terdiri dari para ulama bukan nasinalis semata, sebagaimana dakwa UMNO yang memutarbelitkan fakta sejarah.
Sambil berucap dihadapan kira-kira 350 orang di Kg. Ulu Kuang, Chemor, 35 km dari Ipoh, malam tadi Mejar (B) Yahya Arif b. Kamaruzaman membawa dua orang tokoh tempatan yang berjuang dalam Angkatan Pemuda INSAF dan mereka pernah ditahan dibawak akta ISA semasa zaman penjajah (sebelum merdeka). Mereka ialah Encik Hashim Said (bekas guru) dan Haji Zainuddin Andika.
"Mereka boleh menjadi bukti kepada generasi baru dan lama bahawa dakwaan UMNO menjadi pejuang kemerdekaan adalah karut semata-mata," tegas Mejar (B) Yahya Ariff.
Perjuangan kemerdekaan telah dipelopori oleh Kesatu Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakub dalam tahun 1937. KMM berjuang menentang Malayan Union (MU) agenda penjajah British. Kemudian Dr. Burhanuddin Helmy menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya dalam usaha meneruskan perjuangan kemerdekaan kerana KMM telah dicap penjajah dan tidak boleh bergerak.
UMNO lahir dari perpecahan PKMM di mana antara pengasas UMNO ialah Dr. Burhanuddin Helmy sendiri. Oleh kerana UMNO lebih condong menerima agenda penjajah termasuk perlembagaan dan undang-undang penjajah (British) maka British lebih suka terhadap UMNO kerana pengaruh mereka masih boleh bertapak walau mereka sudah mengumumkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Oleh itulah kini kita masih boleh melihat ISA dan perlembagaan British (diubahsuai) yang mana adalah satu bukti kepada rakyat negara ini bahawa UMNO sebenarnya didalangi 'kuasa asing'. Kuasa itu terus meresap sehingga 42 tahun Tanah Melayu telah merdeka.
Kini setelah empat puluh dua tahun Dr. Mahathir menuduh parti alternatif diresapi oleh pengaruh kuasa asing. Sebenarnya tuduhan itu lebih mirip kepada UMNO dan cubaan menyembunyikan hakikat sebenar, dan mengalihkan tuduhan itu ke parti lawan.~MR