Permainan Media Jijik dan Kotor!
27 June, 1999 - Media yang menjadi alat propaganda Mahathir dan UMNO terus menyerang parti alternatif dengan menyiarkan berita dan rencana yang melaga-lagakan antara sesama mereka. Tapi sayangnya, parti alternatif sudah tidak menerima akhbar harian Kerajaan sebagai agenda komunikasi mereka.
Jika tidak Harakah, maka internet adalah sasaran mereka. Maka pengunjung internet dari hari ke sehari semakin bertambah dengan cepat akibat rakyat percaya bahawa media ini satu-satunya yang masih telus. Mereka (Kerajaan) perkenalkan internet, dan internet itu telah menikam mereka, kata pemerhati politik tempatan.
Kini rakyat berubah selera. Tidak mustahil juga rakyat akan berubah kerajaan.~MR