Ramli Marcos Anugerah Tanah Kepada Penduduk Kampong
29 June, 1999 – Kegiatan membeli undi menjelang pilihanraya umum akan datang, terus berjalan dan suasana pilihanraya kali ini dicemari lagi oleh ‘kekotoran’ apabila Ramli Marcos menganugerahkan penduduk-penduduk kampong sekitar Pulau Tiga, Kg. Gajah tanah seluas 4 ekar seorang.
Penganugerahan ini diberikan kepada mereka yang dikesan akan berhijrah ke parti Alternatif. Usaha ini dilihat agak berkesan apabila ada penduduk yang menerima pemberian tersebut mengaku akan kembali semula ke dalam UMNO yang sudah dibenci sejak pemecatan DSAI September tahun lalu.
Ini adalah salah satu ‘taktik kotor" Kerajaan BN memenangi pilihanraya umum kali akan datang. Bulan lalu PM Mahathir mengatakan bahawa pilihanraya kali ini merupakan ‘terkotor’ dalam siri pilihanraya negara ini. Taktik ini dilihat diamalkan oleh Kerajaan BN sendiri.~MR