KENYATAAN MEDIA:

DR. MAHATHIR BACUL DAN PENAKUT

KEMPEN PILIHAN RAYA YANG PANJANG

(28 Jun 1999 / 14 Rabiul Awal 1420)

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) menolak alasan dangkal yang sengaja diadakan-adakan oleh Dr. Mahathir yang menyebut bahawa kerajaan memilih tempoh berkempen yang pendek bagi pilihan raya semata-mata bagi mengelakkan berlaku huru hara yang boleh mengorbankan nyawa rakyat.

Kenyataan Dr. Mahathir sebenarnya membayangkan ketakutan beliau terhadap kesedaran rakyat yang semakin meningkat untuk menolak Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri dan seluruh pemimpin Umno/BN juga semakin bimbang terhadap pengaruh dan penerimaan parti-parti parti-parti alternatif oleh rakyat sehingga menyebabkan tempoh berkempen pilihan raya dipendekkan.

Tempoh masa yang pendek ini bertujuan untuk menutup ruang kepada pembangkang dan memberi jalan kepada BN untuk mempertahankan kekuasaan mereka. Sementara itu pemimpin Umno/BN sempat mengunakan semahu-mahu dan serakus-rakusnya segala agensi kerajaan, media cetak dan media elektronik untuk mereka-reka propaganda jahat yang bertujuan menimbulkan kekeliruan masyarakat dan rakyat terhadap parti-parti alternatif.

Oleh sebab itu DPP Pusat menyifatkan bahawa usaha Dr. Mahathir memendekkan kempen adalah kerana beliau sendiri tidak yakin prestasi Kerajaan BN setelah melihat rata-rata rakyat bangkit menolak BN. Jika Dr. Mahathir yakin akan prestasi BN, yakin rakyat menerima BN dan yakin bahawa sepanjang pemerintahan beliau mengamalkan ketelusan dan tidak berlaku undur-unsur nepotisme, kronisme dan rasuah, maka Dr. Mahathir tidak perlu menjadi bacul dan takut kepada tempoh masa yang panjang untuk berkempen.

Sikap penakut Dr. Mahathir ini menunjukkan beliau berusaha keras supaya jangan ada ruang dan peluang terdedahnya kepada masyarakat tentang penyelewengan kuasa oleh BN yang sepanjang rejim pemerintahannya telah banyak menindas dan menzalimi rakyat. Alasan pendek akal Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa PAS dan parti-parti alternatif lain sudah berkempen sejak setahun yang lalu adalah tidak munasabah yang tidak sepatutnya keluar dari otak seorang bertaraf Perdana Menteri. BN juga dalam tempoh yang sama berkempen bahkan mereka mempunyai strategi kempen yang hebat dengan penguasaan mereka terhadap media cetak dan elektronik yang mampu berkempen sehingga ke dalam rumah dan bilik tidur rakyat.

Alasan provokatif Dr. Mahathir bahawa tempoh masa berkempen yang panjang akan menyebabkan huru hara seperti 13 Mei 1969 adalah tidak benar sama sekali, sebenarnya peristiwa 13 Mei tidak berlaku semasa kempen pilihan raya umum tahun 1969. Peristiwa 13 Mei terjadi beberapa hari selepas pilihan raya yang menunjukkan unsur-unsur kelemahan Kerajaan Umno dan Perikatan sejak merdeka yang sepanjang tempoh itu telah gagal memastikan soal sosial, ekonomi dan pendidikan rakyat diurus dengan baik menyebabkan berlakunya jurang perbezaan yang ketara antara kaum. Maka selepas itu timbullah Dasar Ekonomi Baru yang memperakukan dan membuktikan kegagalan Kerajaan Umno / Perikatan yang memerintah sejak merdeka sehingga tarikh 13 Mei 1969.

Dalang yang mencetuskan 13 Mei sengaja disembunyikan dan dilupakan sebaliknya Umno/BN lancang menuduh pembangkang yang mencetus peristiwa itu. Keputusan Pilihan Raya 1969 menyaksikan Umno/Perikatan cemas kerana hanya menang tipis sehingga sukar untuk membentuk kerajaan khusunya di Selangor. Sejarah tidak pernah menipu kita, 13 Mei terjadi disebabkan adanya tangan-tangan ghaib pemimpin Umno/Perikatan di belakang peristiwa itu dengan tujuan memaksa darurat diisytiharkan bagi memastikan kuasa memerintah negara dan negeri tetap di tangan mereka walau dengan apa cara sekali pun.

Alasan bahawa huru hara sering terjadi semasa kempen pilihan raya juga tidak munasabah sama sekali. Ketegangan kaum tahun 1987 berlaku setahun selepas pilihan raya adalah akibat permainan politik kotor dan adu domba Umno, MCA dan kuncu-kuncu mereka yang menggunakan politik jahat adu domba perkauman untuk pengekalan sokongan rakyat dan kuasa pemerintahan mereka.

Umno dan BN-lah sebenarnya harus berperanan dan berdisplin dalam berpolitik dengan tidak menggunakan politik kotor seperti perkauman dan agenda politik jahat seperti mana dibuktikan dalam pilihanraya kecil Padang Terap di Lubuk Merbau pada tahun 80-an di mana petugas PAS Abdul Rahman Talib dibunuh oleh samseng Umno hasil agenda politik pemimpin mereka. Begitu juga Pilihan Raya Umum 1995 petugas S46 di Parlimen Peringat DUN Melor dicederakan oleh petugas Umno yang berlagak umpama kuasa di tangan mereka yang boleh mengatasai undang-undang negara. Umno dan BN tiada mempunyai tidak berdisplin dan menghormati proses demokrasi bahkan cara politik mereka adalah matlamat menghalalkan. Pendek kata tiada Umno dan BN dan orang-orang berperangai seperti mereka negara Malaysia Insya’ Allah akan sentiasa aman dan harmoni untuk semua rakyat berbilang kaum hidup bersatu padu mencari rezeki dan membangunkan negara ke arah kemakmuran.

Kenyataan Dr Mahathir juga menghina dan merendah-rendahkan pasukan keselamatan kerana tidak yakin polis dan tentera mampu berperanan menjaga keselamatan awam. DPP Pusat percaya pihak polis dan tentera mampu mnegawasi perjalanan kempen pilihan raya dan menjaga keselamatan rakyat kecuali Dr dan Bn alatkan polis

Melihat kepada alasan-alasan cetek Dr. Mahathir, maka Dewan Pemuda PAS Pusat memohon agar SPR memanjangkan tempoh berkempen melebihi tempoh berkempen pilihan raya yang lalu dan munasabah dengan BN yang mempunyai kelebihan media berbanding parti-parti alternatif lain. Sejarah telah menunjukkan bahawa tiada alasan konkrit kempen yang panjang akan mencetuskan huru hara melainkan huru hara kepada Dr. Mahathir, Umno dan BN yang semakin gelisah memikirkan nasib mereka dalam pilihan raya akan datang.

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat