Bayaran Paling Minima!

30 June, 1999- Maklumat yang diterima menyatakan bahawa anugerah tanah yang dibuat oleh Ramli Marcos kepada penduduk Kg. Gajah, sebagaimana laporan terdahulu, hanya dikenakan bayaran premium paling minima iaitu RM200.

Ini bermakna harga premium paling rendah dalam sejarah pentadbiran tanah di negeri Perak berlaku dalam tahun-tahun terakhir abad ke 20 dan merupakan satu rekod paling manis pernah dicatatkan oleh pentadbir tanah.

BPR digesa jangan berdiam diri melihat penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan Kerajaan BN yang terdesak memancing undi. Inilah antara kezaliman dan penyelewengan yang berlaku sepanjang 42 tahun pemerintahan Kerajaan UMNO di negara ini.~MR