Rentetan Peristiwa Penahan Aktivis dan Penduduk Kg. Sg. Nipah

7 Aktivis Ditahan Atas Tuduhan Mengadakan Perhimpunan Haram

Kira-kira 50 orang ditahan dalam operasi 'menghalau' penduduk di Kampung Sungai Nipah, Selangor pada 28-6-1999, kira-kira jam 11.00 pagi. FRU menggunakan pancutan air, selepas gagal meminta para demontrator seramai lebihkurang 200 orang bersurai.

Mereka membantah tindakan Majlis Perbandaran Shah Alam dan pihak pemaju yang mahu merobohkan kediaman mereka. Selepas 3 kali serangan pancutan air, penduduk berkenaan masing masih bertahan dan FRU terpaksa bertindak menyingkirkan mereka menggunakan 'cota'. Aktivis dan ketua kampong berkenaan duduk dibarisan hadapan dan ditahan bersama yang lain. Penduduk ditahan kira-kira jam 11.00 pagi

Sebelum itu FRU, dengan jentera pemancut air, para pemaju dan kakitangan pejabat tanah sampai ke lokasi seawal jam 10.00 pagi Aktivis dan penduduk kampong cuba berbincang dan mencapai muafakat supaya menunggu keputusan pihak berkuasa sebelum memulakan kerja-kerja merobohkan penempatan ini.

Dua orang wakil penduduk kampong berbincang tetapi gagal. Selepas itu FRU menahan 2 aktivis iaitu Dr.Nasir dan Selvam dan menggunakan pancutan air untuk menyuraikan penduduk yang berkumpul.

Selepas penahanan itu, jentera penolak memulakan kerja-kerja merobohkan rumah. Kira-kira 20 buah rumnah dirobohkan sebelum dihentikan oleh penduduk yang marah. Penduduk mendakwa telah mendapat perintah mahkamah semasa kerja-kerja perobohan itu dilakukan, supaya kerja perobohan hari itu ditangguhkan ke 1 Julai dimana kes ini akan didengar di mahkamah.

50 penduduk dibawa ke Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam. 6 orang daripadanya wanita dibebaskan awal tengahari, selepas keterangan mereka diambil. Kesemua tahanan yang lain dibebaskan disebelah petang kecuali 7 aktivis dan ketua kampong termasuk Dr.Nasir (PSM), Selvam (SWP), Arutchelvan (SUARAM), Sugumaran(Alaigal) and Valen (CDC).

SUARAM

website:http://welcome.to/suaram