UMNO Guna SB Untuk 'Ugut' Rakyat
2 Julai, 1999 - Dalam keadaan terdesak seseorang mungkin akan menggunakan apa sahaja, termasuk jalan yang salah untuk mencapai hajat mereka. Mungkin kerana itulah UMNO kini didapati lebih gemar menggunakan SB untuk mengugut rakyat bawahan, supaya mengundi UMNO pada pilihanraya kali ini.
Kegiatan 'ugutan' ini berlaku disegenap lapisan masyarakat, mengikut cara yang bersesuaian. Beberapa bulan lalu, kakitangan kerajaan diugut akan dikenakan tindakan tatatertib, jika didapati menyokong parti alternatif.
Kini SB sekali lagi mengulangi lagi ugutan mereka terhadap orang tua dan kaum wanita yang lemah. Jabatan Kebajikan Masyarakat terpaksa mengundang SB-SB ini, atas permintaan pihak atasan untuk memberikan ceramah dan penerangan mengapa mereka perlu memilih UMNO dan mengundi BN pada pilihanraya kali ini.
Kegiatan ini sudah bermula sejak berminggu lalu dan akan diteruskan setiap bulan sehingga pilihanraya diistiharkan. Inilah satu lagi kezaliman yang berleluasa di bawah pemerintahan Kerajaan BN, dimana rakyat tidak lagi hidup secara demokrasi, sebaliknya diperintah secara 'otokrasi'. Rakyat harus menolak kepimpinan sekarang yang mengamalkan cara 'kotor' dan jijik sebegini.~MR