UMNO Anjur Majlis "Apa Semua Melayu Perlu Tahu"
2 Julai, 1999 - Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Perak, akan menganjurkan program perhimpunan patriotisme dan cintai negara, bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar, pata petang 4 Julai ini. Dalam program tersebut dijangkakan penjelasan isu-isu semasa dan strategi mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan diperjelaskan.
Ketua Cawangan, Ketua Pemuda/Wanita Cawangan UMNO yang berada di bawah Bahagian Kuala Kangsar dimestikan kehadiran mereka. Adalah dijangkakan majlis ini akan di kepalai oleh Bapa Perancang Konsfirasi Menjatuhkan DSAI iaitu Datuk Aziz Shamsuddin.
Maklumat yang diketahui setakat ini, perhimpunan ini dijalankan secara tertutup dan permit perhimpunan belum dipohon. Rakyat digesa jangan terkeliru dengan propaganda UMNO, yang akan terus terusan berbuat apa sahaja yang ada demi mencapai kemenangan dalam pilhanraya kali ini.~MR