Penduduk Karai Sahut Seruan Alternatif

Majoriti penduduk Karai, Kuala Kangsar, perkampongan yang termasuk dalam kawasan Parlimen Chenderoh menyatakan sokongan mereka, akan mengundi parti alternatif dalam pilihanraya umum akan datang.

Sokongan itu dilahirkan apabila sekumpulan pemuda menggantung bendera parti UMNO disepanjang jalan, bermula dari persimpangan masok ke Karai iaitu jalan Ipoh - Salak Baru hingga ke pekan Karai sepanjang 2 km.

Penduduk Karai kemudian menghentikan laluan bendera UMNO itu apabila hampir kepada pekan itu dengan menggantungkan ratusan bendera PKN dan PAS dan menyatakan "segalanya tamat di sini" dalam satu sepanduk yang direntang di pertengahan jalan.

Karai yang merupakan majoriti penduduk Melayu suatu masa dahulu merupakan antara kubu kuat UMNO kini akan berubah wajah setelah kebanyakan penduduknya bersetuju dan membuat pengakuan akan mengundi parti alternatif dalam pilihanraya umum negara sedikit masa lagi.

Ini adalah antara sokongan yang diberikan oleh sebahagian rakyat negara ini terhadap Kerajaan Alternatif yang bakal memerintah selepas pilihanraya umum negara ke 10.~MR