Kerana Bendera Mereka Tak Lelap Tidur

Berita yang baru sampai ke email webmaster mengatakan bahawa seorang ADUN di negeri ini tidak lelap tidur memikirkan 22 buah buah bendera parti alternatif berkibar dalam kawasan DUNnya yang dulu merupakan kubu UMNO 'pekat'.

Lantaran itu beliau meminta SB-SB mengugut penduduk sekitar kawasan tersebut supaya menurunkan bendera berkenaan. Jika enggan, cari jalan lain supaya kesemua bendera itu diturunkan, katanya.

Justeru itu sepasukan SB dari Ibu Pejabat Polis Negeri Perak turun ke kawasan berkenaan dan mula menyelidiki siapakah yang empunya kerja menaikkan bendera itu.

Maklumat yang diperolehi mengatakan SB-SB itu sudah mengetahui bahawa penggantungan bendera parti alternartif diketuai oleh dua orang AJK UMNO sendiri. Seorang setiausaha cawangan dan seorang lagi AJK Penerangan Pemuda Bahagian.

Begitulah keadaan mutakhir ini. Semakin hari, semakin banyak AJK UMNO yang menyertai parti alternatif. Dan kerana bendera itu, apakah fobia disebaliknya?~MR