Jentera Kerajaan Diperguna Habis-habisan!!
Kejadian anih yang berlaku minggu lalu dan masih berjalan ialah terdapat di kalangan para pegawai dan kakitangan yang berkaitan dengan Pusat GIAT Belia Negeri Perak, sedang menawarkan kursus kemahiran dan separuh mahir kepada belia beliawanis negeri ini.
Kegiatan ini dikesan di Lembah Kinta dan kini sedang beroperasi di kawasan perumahan Tasek dan sekitarnya. Mereka datang dari rumah ke rumah, untuk mempelawa samada ada atau tidak isi rumah tersebut mempunyai belia atau beliawanis untuk ditawarkan kursus yang bersesuaian dan dijamin boleh terus mengikuti kursus sertamerta.
Tetapi syarat yang ditetapkan berumur 21 tahun ke atas sahaja. Mereka akan diberi taklimat khas kemudia dan boleh mendaftarkan diri di Pusat Giat Belia seperti yang diarahkan. Minda Rakyat mengesan bahawa ini satu lagi taktik 'kotor' Kerajaan BN menggunakan institusi belia untuk memancing undi. Pelawaan dari pegawai dan kakitangan Pusat Giat ke rumah-rumah, sungguh membimbangkan serta menghairankan para ibubapa kerana sikap prihatin dan kesungguhan mereka yang selamanya puas dirayu, namun tidak seorang yang ambil peduli!.~MR