Apa Nasib Ibrahim Ghaffur

Seorang tokoh korporat yang agak berjaya di negeri Perak ialah Ibrahim Ghaffur. Syarikat beliau yang terkemuka ialah Sri Rapat Sdn. Bhd. Walau pun banyak lagi syarikat lain tadbiran beliau.

Semasa sebelum zaman reformasi bermula iaitu awal September 1998, beliau sangat rapat dengan Ramli Marcos. Tidak salah jika hendak dikatakan bahawa beliau juga kroni kepada Ramli Marcos.

Namun menjelang kebangkitan rakyat di alaf baru, beliau tidak terkecuali daripada menyatakan pendiriannya menyokong kerajaan Alternatif. Beliau antara penyumbang terbesar kehadiran YB Mohamad Sabu di Gopeng bulan April, 1999 lalu.

Walau pun beliau bukan 'politician', dan tidak ahli kepada mana-mana parti, namun sokongan beliau secara terbuka menyebabkan impak ke atas diri beliau. Ramli Marcos menarik balik mana-mana projek yang boleh ditarikbalik dan tindakan ‘gam’ ke atas beliau diambil secara drastik.

Di kalangan penduduk Lembah Kinta Ibrahim Ghaffur bukanlah begitu asing kerana kewarakannya dan kesediaannya berkorban dan berjihad. Umpamanya surau sementara di Pekan Razaki, Ipoh, di mana sering diadakan forum dan ceraman politik dan sebagainya adalah milik beliau.

Namun atas sikap beliau, kerajaan negeri khasnya Ramli Marcos berpaling tadah. Malahan beliau akan cuba disekat daripada menyertai mana-mana kegiatan ekonomi dan peluang yang ada. Memang benar mereka ada kuasa.

Kepada Ibrahim Ghaffur, Minda Rakyat ucapkan tahniah atas komitmen saudara membantu perjuangan Islam khususnya perjuangan PAS dalam menawan negeri ini jatuh ke tangan Parti Alternatif!~MR