Masyarakat Cina Tolak Propaganda Mahathir
6 July, 1999 - PM Mahathir membuat beberapa propaganda sebagai cubaan memecahkan keutuhan Barisan Alternatif. Perkara ini diakui oleh Dr. Chandra Muzaffar, Naib PKN.
Antara propaganda itu ialah bahawa perpaduan hanya boleh dicapai oleh BN. Namun keterangan itu disangkal oleh Dr. Chandra Muzaffar, apabila berjaya membuktikan bahawa kerajaan dari parti pembangkang juga mengutamakan perpaduan dan keamanan.
Buktinya semasa parti Gerakan memenangi pilihanraya tahun 1969 ke atas Pulau Pinang, namun tiada kekecohan dan huru hara seperti dakwaan UMNO dan PM Mahathir. Begitu pula dengan pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan yang senantiasa mengutamakan perpaduan kaum.
Propaganda berikutnya ialah dakwaan yang mengatakan bahawa hanya UMNO yang mampu memulihkan ekonomi negera. Dakwaan itu meleset, kata Dr. Chandra. Sebaliknya kerajaan BN pimpinan PM Mahathirlah yang membuatkan ekonomi terus menjunam. Antaranya, tindakan Mahathir yang mahu menyelamatkan syarikat Konsortium Perkapalan anaknya menggunakan wang Petronas.
Selain dari itu Mahathir juga terlalu lantang mengkritik George Soros kununnya penggarap wang asing. Natijah dari tindakan itu, negara kita dimusuhi hingga BSKL menjunam ke tahap terendah. Tindakan Mahathir menghadkan matawang dari RM2.40 kepada RM3.80 berbanding US Dollar, juga antara penyebab ekonomi terus merudum.
Oleh itu masyarakat Cina di negara ini khususnya, dan rakyat negara ini keseluruhannya diseru menolak BN dalam pilihanraya umum akan datang.