Bukti UMNO Hilang Pedoman
Pemuda UMNO Bahagian Taiping di bawah pimpinan Ton Zalani bin Hj. Mat Darus menulis sepucuk surat kepada Dato Wira Ali Rustam, Timbalan Meneteri Kesihatan, meminta dijalankan penyiasatan, bahawa terdapat kakitangan Hospital Taiping yang terlibat menyokong parti alternatif secara terang-terangan.
Begitulah UMNO yang kian terdesak menggunakan segala apa yang terdaya untuk menghalang kebebasan rakyat bersuara dan berpolitik. Dalam suratnya bertarikh 25 Mei, 1999 itu, Pemuda UMNO bahagian Taiping juga mengemukakan satu senarai kakitangan Hospital berkenaan untuk diambil tindakan disebabkan pembabitan mereka dengan parti alternatif.
Hakikat sebenarnya di mana demokrasi yang dilaung-laungkan UMNO. Rakyat seharusnya bebas menyatakan pendirian, mahu menyokong parti yang mana mereka fikir lebih bersifat memperjuangkan rakyat.
Demi terdesak, UMNO sanggup melakukan apa sahaja. Ini adalah antara taktik ‘terkotor’ yang diwar-warkan oleh PM Mahathir beberapa bulan lalu yang mengatakan bahawa pilihanraya kali ini terkotor dalam sejarah politik negara ini.~MR