MB Guna Waktu Pejabat Berpolitik

MB Perak Tan Sri Ramli Marcos mempergunakan segala kemudahan yang ada untuk cuba menyebarkan dakyah UMNO di kalangan para imam, bilal, guru ugama, guru-guru, kakitangan kerajaan dan rakyat keseluruhan di pelbagai peringkat, tanpa mengira waktu dan suasana.

Beliau kini lebih cenderung memanggil mereka semua untuk hadir dalam suatu majlis yang kini sangat kerap diadakan berupa ‘majlis ramah mesra’. Baru-baru ini satu surat pekeliling telah dikeluarkan kepada jabatan kerajaan, dan institusinya, meminta dan mewajibkan kakitangan berkenaan hadir di majlis tersebut pada waktu pejabat.

Sesungguhnya ini amat bercanggah dengan prinsip perkhidmatan awam dimana penyalahgunaan masa pejabat untuk majlis berunsur politik. Minda Rakyat berpendapat ini satu lagi taktik kotor BN untuk memenangi pilihanraya secara ‘kotor’ dan tidak bermoral.~MR