Tragedi Sungai Kepar

Beberapa minggu lalu Minda Rakyat pernah memaparkan bagaimana sekumpulan pemuda UMNO mencarik kitab suci Al-Quran dan menaburkannya di sepanjang jalan.

Berita paling sahih diterima bahawa ekoran dari majlis Malam Bersama Ulama yang dianjurkan oleh PAS Bagan Serai, maka membawa kepada perdebatan antara penyokong UMNO dan penyokong PAS.

Oleh kerana setiap hujah dalam kumpulan penyokong UMNO ditepis dan ditangkis dengan ayat suci Al-Quran oleh kumpulan pemuda PAS maka nyata perjuangan Islam memihak kepada PAS atas hujah kebenaran, bukan kemenangan.

Lantaran dari ketipisan iman kumpulan penyokong UMNO lalu bertindak mencarik Al-Quran dan menaburkannya di satu persimpangan jalan di Sungai Kepar, yang terletak antara Sg. Gedong dan Simpang Empat, Semanggol, Perak.

Apabila dimaklumkan kepada Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Sabran Hj. Asmawi, beliau mengucap panjang dan mengatakan bala Allah akan turun disebabkan kejijikan perbuatan pemuda UMNO itu menghina Quran.

Sekumpulan murid dari sekolah pondok di sekitar Sg. Bakap turun ke kawasan kejadian untuk menyelamatkan maruah agama dari tercemar, dengan bertindak mengutip semua cebisan yang ditaburkan. Bagaimana pun janji Allah tetap tiba.

Keesokan harinya ribut yang maha dahsyat dalam sejarah negara ini terjadi, hingga memusnahkan 5 buah sub-stesyen TNB yang hingga hari ini masih belum pulih sepenuhnya. Kerosakan dan kerugian yang berlaku hanya Allah yang Maha Mengetahui. Anihnya, TV hanya menonjolkan kejadian ribut pada satu ketika di waktu perdananya.

Namun di sebalik bala Allah ini hanya Allah jualah yang maha mengetahui. Marilah kita bersama mengambil iktibar bahawa dalam apa pun perjuangan kita, jangan gadaikan ugama Allah, jangan perlekehkan ugama Allah untuk mencapai cita-cita politik murahan sebagaimana yang diperjuangkan UMNO.

Semakin meyakinkan iktibar dari kejadian itu, perjuangan Islam masih berada dalam PAS sebagai satu-satunya wadah yang memeprtahankan kesucian dan martabat ugama di sisi Allah!~MR