Parlimen Parit Dilanda Ketenatan

Sekurang-kurangnya 50 daripada lebih 68 cawangan UMNO dalam Parlimen Parit gagal mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang lalu. Antara isu yang menjadi perbahasan antara sesama ahli ialah berhubung 'siapa yang masih menyokong kepimpinan Diktator Mahathir'?

Insiden yang berlaku dalam mesyuarat agung tahunan UMNO Cawangan Pulau Tiga, Parit, cukup membuktikan bahawa UMNO sedang dilanda krisis sokongan yang maha dahsyat. Apabila isu sokongan dibangkitkan oleh AJK Cawangan, bahawa siapakah antara para ahli yang masih menyokong kepimpinan Diktator Mahathir?

Seorang ahli menyatakan, jika kita semua sudah tidak sokong untuk apa kita bermesyuarat lagi hari ini. Beliau mengajak para ahli meninggalkan mesyuarat. Hanya yang tinggal ialah 8 orang termasuk AJK cawangan tersebut.

Kejadian ini benar-benar berlaku beberapa bulan dulu, sebelum Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Ia juga bukan melibatkan satu atau dua cawangan. Hampir 50 buah cawangan mengalami insiden hampir sama dan gagal mengadakan mesyuarat kerana tidak cukup 'korum'.

Jika maklumat ini cukup sahih maka nyata perubahan yang melanda rakyat atau kebangkitan rakyat kali ini cukup menyeluruh, kata seorang pemerhati politik tempatan. Hanya taktik kotor sahaja akan mampu menyebabkan keputusan pilihanraya negeri ini memihak kepada UMNO, katanya lagi.~MR