Rakyat Perak Tengah Tolak Fitnah Mahathir

Majoriti rakyat yang berada dalam daerah Perak Tengah, menolak fitnah dan dakwaan PM Mahathir, terutamanya yang melibatkan dakwaan seks luar tabii. Tinjauan ini dibuat sejak beberapa bulan lalu, dan hasilnya amat membanggakan sekali kerana majoriti orang Melayu sudah bersedia melakukan perubahan dalam pilihanraya umum kali ini.

Berpuluh-puluh cawangan PAS ditubuhkan terutamanya dalam kawasan Parlimen Parit yang kini dibawah YB Ainon Khairiyah. Perkembangan yang sihat ini bersama dengan penerimaan masyarakat terhadap PAS, menyebabkan setiap kali ceramah politik anjuran PAS menerima kunjungan yang diluar dugaan.

Kini PAS bukan satu parti yang asing bagi masyarakat Melayu negara ini dan bagi penduduk daerah Perak Tengah. Kemasukan ahli UMNO ke dalam PAS mencurah-curah bagai menakung air yang tumpah.

Situasi ini digambarkan oleh sebahagian masyarakat Perak Tengah yang sempat ditemui oleh wakil Minda Rakyat. Mereka sudah jelas menolak kepimpinan Diktator Mahathir dan amat bersetuju, untuk menumbangkan Mahathir ialah dengan mengundi parti alternatif dalam pilihanraya umum nanti.

Komitmen penduduk tempatan sungguh membanggakan apabila mereka sendiri telah menolak segala propaganda UMNO yang dibuat dalam pelbagai cara oleh pelbagai media Kerajaan. Perkembangan yang sihat ini diharapkan berterusan dan kenyataannya hari ini, semakin hari, PAS di Perak Tengah semakin teguh!.~MR