Lebih Ramai Gadis Murtad Di bawah Kerajaan UMNO
Antara faktor yang menyebabkan masyarakat beralih arah kepada PAS ialah kesedaran bahawa UMNO lebih senang berpolitik dan mahu mengekalkan kuasa, berbanding mengambil berat soal lain yang melibatkan maruah ugama sedang dicincang oleh pengaruh luar.
Permohonan 4 orang gadis untuk menukar ugama yang dikendalikan oleh Pejabat Ugama Islam Daerah Perak Tengah membuktikan bahawa kerajaan UMNO sambil lewa menjalankan tanggungjawab membela ugama, walau pun dalam masa yang sama mengaku membela dan memperjuangkan Islam.
Hakikat ini disedari oleh penduduk tempatan dan melihat kepincangan kerajaan BN hari ini semakin hari semakin nyata. Justeru itu masyarakat tempatan khususnya, berpandangan bahawa tidak perlu lagi tinggal di bawah kerajaan yang sudah tidak membela kehendak ugama dan menjadikan ugama sebagai topeng perjuangan mereka.
Mungkin ini adalah antara faktor penghijrahan mereka beramai-ramai ke dalam PAS. Wakil Minda Rakyat meninjau antara kemungkinan-kemungkinan itu dan mendapati soal akidah adalah antara yang amat sensitif di kalangan penduduk Islam. Mereka juga bersetuju bahawa selama ini mereka sudah silap membuat perhitungan kerana menyokong kerajaan BN, namun pemimpinnya lebih senang mengumpul harta daripada mengambil tahu soal akidah dan keugamaan rakyat.
Tragedi permohonan 4 orang gadis yang mahu menukar ugama hanya akan berlaku dalam kerajaan UMNO disebabkan perlembagaannya mengizinkannya berbuat demikian. Ini termaktub di bawah fasal 11 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa seseorang yang berusia 21 tahun ke atas bebas memilih ugama mengikut kemahuannya sendiri.
Lantaran ketidaksungguhan kerajaan UMNO meletakkan ugama di tempatnya, maka ramai antara gadis Islam negara ini dipercayai sudah meninggalkan ugama mereka. Permohonan 4 gadis berkenaan dibuat berkemungkinan atas alasan mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka. Disebabkan mereka menganut ugama Islam maka ini merupakan satu halangan mereka untuk berkahwin dengan penganut ugama lain. Mungkin bilangan yang sudah murtad dan belum bersedia untuk kahwin akan mengejutkan kita semua.
Inilah bukti antara kezaliman yang berlaku dalam Kerajaan BN. Menolak BN sama menolak kemungkaran. Menumbangkan BN sama menumbangkan kezaliman. Rakyat diseru meneguhkan iltizam mereka dan mengundi PAS pada pilihanraya kali ini, agar maruah Islam dapat diletakkan kembali ke mercu kegemilangan!~MR