Mengapa Kaum India Sertai KeADILan?

Kepercayaan di kalangan kaum India terhadap tokong mereka begitu menebal. Ini dapat kita saksikan bahawa dalam apa sahaja yang melibatkan kehidupan mereka, tokong dan sami, merupakan tuhan mereka sebagai tempat mengadu.

Baru-baru ini Samy Vellu dikhabarkan terbang ke India untuk bertemu dengan Sami yang paling hebat dan teragung. Di hadapan sami, Samy Vellu memohon kepada tokongnya supaya ditunjukkan siapakah antara mereka yang akan menjadi PM selepas pilihanraya umum negara nanti.

Dipendekkan perkhabaran, maka ditunjukkan gambar Najib, Pak Lah serta beberapa orang Menteri lain, maka tidak dipersetujui oleh tokong tersebut. Sebaik sahaja gambar DSAI dikeluarkan maka tokong tersebut mengatakan itulah calon PM Malaysia yang berikutnya.

Maka tersebar luas di kalangan penganut Hindu kawasan Sg. Siput bahawa PM berikutnya selepas pilihanraya umum nanti ialah DSAI. Kerana itulah maka kaum India negeri ini berubah fikiran akan menyokong PKN dalam pilihanraya nanti kerana tidak mahu jadi pembangkang. Maka kerana itulah, sehingga kini Samy Vellu membisu seribu bahasa!!~MR