Lebih Ramai AJK UMNO Akan Keluar Parti

Pengumuman MB Perak Tan Sri Ramli Marcos berhubung dengan isu pemecatan beberapa orang AJK UMNO Negeri Perak yang secara terang-terangan menyokong parti alternatif, menerima sambutan yang memberangsangkan ahli UMNO negeri ini.

Seorang AJK Cawangan menyatakan bahawa akan lebih ramai lagi ahli parti itu akan menyertai pakatan alternatif terutamanya PAS dan PKN.

Dalam tinjauan wakil Minda Rakyat ke serata bahagian dan cawangan UMNO negeri ini, hasil rambang mendapati hampir ke semua cawangan UMNO dalam negeri ini terlibat dengan penghijrahan ahli UMNO ke parti alternatif, terutamanya PAS.

Begitu pula angka yang menunjukkan, bahawa tiada kawasan Parlimen yang tidak terlibat dengan penghijrahan keluar parti, itu sangat menggerunkan. Beberapa kawasan parlimen yang terlibat dengan penghijrahan itu dalam bilangan yang cukup ramai, ialah Parlimen Parit Buntar, Larut, Tambun, Pasir Salak dan Parit.

Kawasan Parlimen lain di negeri ini melibatkan perpindahan tetapi angka yang dijangkakan pada kadar normal. Pemerhati politik tempatan menyifatkan bahawa kawasan parlimen di atas, insyaAllah, akan memihak kepada parti alternatif. Hanya taktik 'kotor' sahaja akan memberikan kemenangan kepada UMNO.~MR