AJK UMNO Sedia Dipecat!!
Bukan takut, malahan amat membanggakan sekali jika dipecat sebagai keanggotaan UMNO, kata seorang AJK Pemuda Bahagian. Beliau seterusnya menegaskan bahawa buat apa lagi duduk dalam perjuangan yang menuju kepada perjuangan pembangkang.
Sambil menyifatkan UMNO akan jadi pembangkang selepas pilihanraya umum nanti, bekas Ketua Penerangan Pemuda Bahagian itu mengalu-alukan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Tan Sri Ramli Marcos memecat keanggotaan ahli yang secara terang-terangan menyokong parti alternatif.
Kita sudah lama bersabar dengan kepimpinan UMNO sekarang, katanya lagi. UMNO katanya kini sudah menganggap jawatan PM sebagai bertaraf sultan dan mahu jawatan itu dikekalkan secara 'monarki' dimana penggantinya ditetapkan oleh presiden sendiri.~MR