Ramli Fitnah PAS Islam Pada Kulit

Dalam pertemuannya dengan pegawai dan kakitangan Kerajaan pada petang 6 Julai 1999, di kediaman rasminya, MB Perak Tan Sri Ramli Marcos memfitnah PAS dengan mengatakan bahawa perjuangan Islam PAS hanya pada kulit sahaja.

Sambil memomok-momokkan PAS, beliau kemudiannya merayu kakitangan Kerajaan supaya mengundi UMNO kerana 'kununnya' hanya UMNO yang mampu membawa pembangunan kepada negara. Kebimbangan Ramli Marcos tentang sikap kakitangan kerajaan yang hanya membisu menangani isu kegawatan politik, menyebabkan beliau terpaksa merayu-rayu mengharapkan belas ihsan kakitangan kerajaan.

Namun hakikat sebenarnya yang cukup disedari oleh Tan Sri Ramli Marcos ialah bahawa majoriti kakitangan kerajaan sudah berpihak kepada parti alternatif di mana sebahagian kecil mereka sudah lama komited dengan PAS~MR