Kecaman Terhadap PAS Timbulkan Simpati Rakyat

Rakyat yang seringkali disogokkan dengan fitnah terhadap perjuangan Islam PAS tidak menunjukkan sikap membenci parti Islam itu. Malahan sebaliknya mereka mula memikirkan kebenaran perjuangan Islam dan menyatakan komitmen mereka berjuang dalam parti Barisan Alternatif itu.

Dewasa ini diperhatikan kecaman terhadap PAS begitu memuncak sebagai agenda biasa UMNO menghadapi pilihanraya. Kecaman-kecaman itu dibuat oleh media perdana UMNO seperti TV, radio, suratkhabar, majalah dan menerusi ceramah-ceramah politik.

Anihnya rakyat yang mulai sedar taktik 'kotor' ini tidak mengindahkan kecaman UMNO dan betapa buruknya PAS itu digambarkan, malahan sebaliknya terus mengunjungi ceramah politik parti alternatif untuk mendengar ucapan balas oleh bakal pemimpin negara sedikit masa selepas pilihanraya umum negara nanti.

Pemerhati politik tempatan bersetuju bahawa kecaman itu adalah antara faktor yang mendorong kemasukan ahli PAS secara lebih cepat.~MR