Pemimpin UMNO Ledakkan Semangat TLDM
Kehadiran pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh PM Mahathir ke kem TLDM Lumut, beberapa minggu lalu, meledakkan semangat anggota tentera itu membenci UMNO. Mengikut maklumat yang diterima, sebahagian anggota TLDM Lumut dipaksa menjalani ujian yang mengandungi 60 soalan untuk menguji semangat patriotik mereka samada menyebelahi UMNO atau sebaliknya.
PM Mahathir dikatakan hadir secara sulit dalam pertemuan dengan anggota TLDM dan mahu bebas dari sebaran media. Beliau memaksa anggota TLDM dan isteri supaya mengundi kerajaan BN dalam pilihanraya nanti.
Maklumat yang diterima juga mengatakan bahawa sebahagian besar anggota TLDM sudah komited dengan PAS dan sebahagian kecil dengan PKN. Demikianlah UMNO dengan taktik 'kotor'nya, mahu memenangi pilihanraya kali ini ala Mahathir!~MR