Kedatangan Aziz Dipulaukan Ahli

Amat sedih majlis yang dijangkakan meriah di Dewan Merdeka, Kuala Kangsar pada Ahad 4 Julai lalu, menerima sambutan dingin ahli UMNO sendiri. Beratus-ratus surat jemputan dikeluarkan kepada semua AJK UMNO di peringkat cawangan dalam bahagian Kuala Kangsar, namun kehadiran yang disahkan tidak sampai pun seratus orang.

Dewan tersebut boleh memuatkan seramai 400 orang hadirin. Maklumat yang diterima bilangan kereta yang diletakkan di luar dewan tersebut hanya 10 buah sahaja. Hanya kakitangan 'catering' kelihatan lebih sibuk menyediakan makanan dan minuman.

Majlis berlangsung dalam suasana dingin membuktikan kepada Bapa Konsfirasi Datuk Aziz Shamsudin bahawa ahli UMNO sendiri menolak sogokkan dakwaan liwat dan seks luar tabii yang dihadapkan ke atas DSAI.

UMNO cukup parah!!!!!~MR