Giliran Rafidah Pula Berundur!
Majlis pertemuan Bapa Konsfirasi dengan AJK UMNO dalam bahagian Kuala Kangsar antara lain mencapai resolusi akan memilih Wan Khairi Anuar bin Wan Ahmad , selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, menggantikan Datin Paduka Rafidah Aziz sebagai Ahli Parlimen yang akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti.
Gesaan itu dibuat oleh bahagian UMNO Kuala Kangsar yang mahukan Wan Khairi sebagai AP mereka. Lobi dibuat melalui pemangku Ketua Pemuda UMNO Malaysia Hisahamuddin Tun Hussein. Perkara ini mendapat restu Bapa Konsfirasi Malaysia iaitu Datuk Aziz Shamsuddin sendiri.
Siapa pun calon UMNO, kami akan menolaknya, kata seorang AJK yang terpaksa hadir pada pertemuan tersebut kepada wakil Minda Rakyat.~MR