Dato' Padhil Arah FELCRA Sediakan Tanah

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang, Dato' Padhil Harun mengarahkan pejabat FELCRA Kuala Kangsar supaya menyediakan kawasan untuk dijadikan ladang kelapa sawit bagi ditawarkan kepada rakyat.

Maklumat yang diterima menyatakan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah Kawasan Lintang, Dato' Padhil dijangka menggunakan segala kuasa yang ada meminta pertimbangan kerajaan negeri untuk meluluskan pemberian beberapa ekar tanah yang akan dikumpulkan menjadi ladang kelapa sawit secara berkelompok di bawah pengawasan FELCRA Kuala Kangsar.

Tanah-tanah tersebut akan dibahagi-bahagikan kepada orang kampong dalam usaha menarik perhatian mereka semua untuk mengundi Kerajaan BN dalam pilihanraya umum nanti.

Beberapa hari lalu Minda Rakyat menerima maklumat pemberian tanah seluas 4 ekar kepada penduduk dalam kawasan Parlimen Pasir Salak. Pemberian itu adalah pada kadar premium paling rendah dalam usaha memujuk pengundi supaya memilih kerajaan UMNO.

Tindakan Dato' Padhil Harun dilihat dalam konteks yang sama apa yang dilakukan oleh Tan Seri Ramli Marcos untuk mengembalikan kepercayaan rakyat bahawa perjuangan UMNO membantu orang Melayu.~MR