PAS Lama PAS Baru, Tiada Isu!

Tindakan media terutamanya TV3 mengujudkan apa itu yang dikatakan PAS lama dan PAS baru tidak masuk akal, kata pemerhati politik tempatan. Tindakan itu disifatkan sebagai provokasi kepada PAS, yang kini menerima sokongan jitu rakyat untuk mengambialih pemerintahan orang Melayu di negara ini, setelah UMNO menghadapi krisis sokongannya.

Beberapa pemimpin PAS bahagian yang ditemui berkata 'tiada isu' itu untuk diperbahaskan. Minda Rakyat berasa kagum dengan sikap pemimpin PAS yang langsung tidak melatah dengan momokan TV3, sejak percubaan isu PAS lama dan PAS baru ditimbulkan. UMNO yang kehilangan modal untuk berkempen, memulakan provokasi PAS baru dan PAS lama sejak dua hari lalu.

Rakyat juga menolak kemungkinan bahawa PAS sudah menyeleweng dan sebaliknya menyedari isu ini cuba ditimbulkan oleh media dalam menyatakan sokongan mereka kepada UMNO dan bersikap tidak adil kepada parti-parti lain yang ada di negara ini.~MR