Hamdan Taha Cabar TS Ramli Marcos!
Setiausaha Pergerakan Pemuda KeADILan, Hamdan Taha mencabar Ketua Perhubungan UMNO Negeri Perak, Tan Seri Ramli Marcos supaya menyahut cabarannya bertanding dalam DUN Changkat Jong, Teluk Intan dalam pilihanraya umum negara kali ini.
Cabaran itu dibuat disebabkan kenyataan TS Ramli Marcos bahawa parti alternatif negeri Perak tidak mempunyai tokoh yang berwibawa untuk membawa pembangunan kepada rakyat. Cabaran itu dibuat oleh Hamdan Taha di hadapan kira-kira 2,000 orang hadirin dalam Majlis Pelancaran Parti KeADILan Bahagian Tambun, malam tadi.
Selain itu Setiausaha Pergerakan Pemuda KeADILan itu juga mencabar PM Mahathir Mohamad supaya bertanding dengan DSWA di Wilayah Persekutuan.
"Jika Mahathir anak jantan, sila sahut cabaran ini, "katanya sambil mendapat tepukan gemuruh para hadirin sekelian.
Pelancaran KeADILan bahagian Tambun dilakukan oleh Datuk Syeikh Azmi Ahmad, Naib Presiden KeADILan Malaysia.~MR