PKN Bahagian Tambun Dilancarkan
Parti KeADILan Nasional Bahagian Tambun telah dilancarkan malam tadi dengan rasminya oleh Datuk Syeikh Azmi bin Ahmad, Naib Presiden KeADILan Malaysia. Pada masa kini bahagian Tambun sudah mempunyai seramai 5,000 orang ahli dan bagi menampong jumlah ahli yang begini ramai, sebanyak 15 cawangan akan ditubuhkan.
Sementara itu dalam tempoh 60 hari ditubuhkan, PKN sudah mempunyai 23 bahagian di seluruh negeri Perak dan akan bertanding dalam semua kawasan Parlimen bersama-sama parti alternatif yang lain.~MR