Politik UMNO, Politik Wang!
9 July, 1999 - Naib Ketua Pemuda KeADILan, Saudara Mustaffa Kamil Ayub mengaku menjadi mangsa politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda Bahagian Pasir Salak tahun lalu. Katanya lagi, sejumlah RM2 juta dibelanjakan oleh pihak lawannya membeli undi perwakilan dalam bahagian Pasir Salak yang mendapat restu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, TS Ramli Marcos.
Para perwakilan dalam bahagian Pasir Salak bukan sahaja dijamu dengan wang ringgit, tetapi juga berpeleseran dengan wanita dan dibawa melancong. Ini membuktikan bahawa politik UMNO adalah politik wang dan saya menjadi korban politik wang, kata bekas Setiausaha Politik Muhyuddin Yasin itu. Beliau berkata demikian dalam pelancaran PKN Bahagian Tambun yang diadakan di Taman Indah, Tg. Rambutan, malam tadi.~MR