Mengapa Shahidan Pulak Yang Kesal?
10 July, 1999 – Tindakan MB Perlis, DS Sahidan Kassim yang kesal di atas tindakan PAS mengutip derma dari orang ramai, disifatkan sebagai tidak relevan dan menjadi bukti UMNO hilang pengaruhnya.
Siri ceramah PAS yang biasanya dikunjungi oleh puluhan ribu rakyat, menyebabkan UMNO hilang sabar kerana walaupun disogokkan dengan wang ringgit dan pelbagai kemudahan seperti pembiayaan makan minum dan pengangkutan bas, namun siri penerangan anjuran UMNO tetap tidak mendapat perhatian rakyat.
Justeru itu di negeri Perak, siri penerangan ini terpaksa dilakukan dengan ‘arahan bertulis’ dan melibatkan kakitangan kerajaan di kediaman rasmi MB TS Ramli ‘Marcos’ sendiri. Keadaan ini terpaksa dilakukan kerana majlis penerangan yang dianjurkan sering kali kekosongan para hadirin.
Bukti terbaru ialah pada 4 Julai lalu, apabila Bapa Konsfirasi Datuk Aziz Shamsuddin ‘turun padang’ ke Dewan Merdeka, Kuala Kangsar, bilangan kehadiran ahli UMNO sangat menyedihkan. Dewan yang memuatkan 400 orang itu hanya dikunjungi oleh tak sampai 100 orang ahli pun.
Keadaan ini menggambarkan bahawa UMNO tidak lagi relevan di sisi rakyat hingga rakyat bersikap menyokong PAS dan melupakan UMNO. Walaupun terpaksa mengorbankan wang ringgit, itu tidak menjadi halangan kepada rakyat kerana mereka percaya kehadiran mereka serta pengorbanan wang ringgit mereka adalah jihad.~MR