Sikap Samy Vellu Boleh Cetuskan Perkauman

12 July, 1999 - Tindakan Samy Vellu menghina Pemuda PAS yang sedang membuat persediaan membina khemah dan pentas, bagi satu majlis ceramah 3 hari lalu, boleh mencetuskan pergaduhan.

Hampir tercetus pergaduhan bilamana Samy Vellu bertindak mengatakan Pemuda PAS 'macam lembu' yang taat kepada ketua mereka, 'kununnya' membabi buta. Beberapa pemuda naik marah lantas cuba menyerang balas tetapi dihalang oleh rakan-rakan lain. Insiden ini berlaku di Kg. Changkat Limau, Trosor, Sg. Siput (U).

Beberapa orang pemuda PAS ketika itu sedang membuat persediaan menyambut kehadiran Dato' Ishak Bahrum, bekas Mufti Negeri Selangor yang menyampaikan ceramahnya pada sebelah malam.

Tindakan Samy Vellu itu boleh dianggap sebagai mencetuskan isu perkauman kerana kegagalan beliau sebagai seorang Menteri berterima kasih kepada rakyat yang telah mengundi beliau selama ini hingga mengizinkan beliau mengaut harta sebegitu banyak. Apabila rakyat berubah, beliau tidak dapat menerima bahawa kesilapan itu datangnya dari beliau sendiri.~MR